Latar Belakang Sejarah
Buku Wang Saku
Galeri
Program Sekolah Angkat
Kelab Kewangan Sekolah
Galeri Kelab Kewangan Sekolah
Karikatur Lat
 
Latar Belakang Sejarah
   
Ogos 1996
  Jawatankuasa Kabinet Galakan Menabung telah ditubuhkan. Ianya bermula dengan Program Galakan Menabung. Jawatankuasa ini memusat dan menyelaraskan usaha seluruh Negara bagi program ini.
   
Disember 1996
  Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah merasmikan Program Galakan Menabung di peringkat kebangsaan. Kempen Galakan Menabung ini disasarkan kepada tiga kumpulan utama - pelajar, pekerja dan wanita.
   
Mac 1997
  Kempen Galakan Menabung telah dilancarkan untuk pelajar sekolah. Tujuannya adalah untuk menyemaikan tabiat menabung di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka menabung untuk keperluan pendidikan pada masa hadapan.
   
April 1997
  Program Sekolah Angkat (PSA) telah diperkenalkan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan hubungan antara institusi kewangan dengan pelajar yang lebih rapat. Program ini juga bertujuan untuk menanam tabiat perancangan kewangan yang efektif di kalangan pelajar. Di bawah program ini, sekolah-sekolah rendah dan menengah bantuan Kerajaan telah di jadikan sekolah angkat oleh sekurang-kurangnya sebuah institusi kewangan.
   
Disember 1998
  Urus Setia Galakan Menabung di Bank Negara Malaysia telah menerbitkan dan melancarkan terbitan pertama Buku Wang Saku. Konsep buku Wang Saku ini adalah untuk membantu pelajar memantau tabiat perbelanjaan mereka. Buku ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menabung dan merekod bagi daripada wang saku mereka setiap hari.
   
November 1999
  Bagi mempastikan kejayaan Program Sekolah Angkat, Kelab Kewangan Pelajar Sekolah telah di lancarkan di Sekolah Menengah Sains Selangor. Majlis pelancaran itu telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pelajaran pada ketika itu.
 
Hubungi Kami | Pautan | Terma dan Syarat | Pernyataan Privasi
© duitsaku.com 2018. Hak Cipta Terpelihara