Latar Belakang Sejarah
Buku Wang Saku
Galeri
Program Sekolah Angkat
Kelab Kewangan Sekolah
Galeri Kelab Kewangan Sekolah
Karikatur Lat
 
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah
 
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS)

Kelab Kewangan Pelajar Sekolah (KKPS) telah dilancarkan pada 11 November 1999 di Sekolah Menengah Sains Cheras, Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pelajaran pada masa itu.

KKPS berfungsi sebagai platform bagi sekolah mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan perancangan kewangan. Aktiviti yang dilaksanakan di bawah KKPS bertujuan untuk mempromosi perancangan dan pengurusan kewangan bijak melalui penggunaan Buku Wang Saku (BWS).

 
Apakah objektif utama KKPS?
Untuk mendidik pelajar tentang sikap yang baik, etika kewangan dan nilai-nilai moral yang tinggi.
Untuk menyemai sikap jujur dan amanah dalam kalangan pelajar dalam semua hal-hal kewangan.
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi harian institusi kewangan dan produk-produk yang mereka tawarkan.
Untuk menyemai sikap mengurus kewangan dengan bijak dan bagaimana menyimpan wang untuk masa hadapan secara lebih bijak dan sistematik.
 
Apakah kelebihan menyertai KKPS?
Untuk menyediakan pelajar supaya mereka boleh memainkan peranan menyebarkan maklumat tentang pengurusan wang saku dengan bijak, etika kewangan dan nilai-nilai keperibadian yang baik, kepada masyarakat.
Pelajar akan menimba pengetahuan, maklumat dan kesedaran tentang sector kewangan dan ekonomi negara.
 
Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pengetahuan tentang kewangan yang didapati sewaktu menjalani aktiviti KKPS yang dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah.
 
Untuk mewujudkan perkongsian pintar di antara bank dan sekolah di bawah Program Sekolah Angkat.
 
Untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menjimatkan sumber tenaga seperti elektrik, air dan sumber-sumber lain.
 
Beberapa aktiviti KKPS
Sudut Pelaburan
Sudut Perbankan
Hari Pelaburan
Pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan perancangan kewangan
Lawatan sambil belajar ke institusi perbankan
Bengkel dan Khemah kerja perancangan kewangan
Seminar tentang penggunaan Buku Wang Saku (BWS)
Aktiviti dan gerak kerja dalam darjah yang berkaitan dengan perancangan kewangan
Aktiviti kesenian dan kebudayaan yang bertemakan perancangan kewangan
 
Jawatankuasa Kelab Kewangan Pelajar Sekolah
Penaung
:
Guru Besar/Pengetua
Penasihat
:
Guru Pembimbing/wakil bank angkat/wakil PIBG
Pengerusi
:
Pelajar
Penolong Pengerusi
:
Pelajar
Setiausaha
:
Pelajar
Penolong Setiausaha
:
Pelajar
Bendahari
:
Pelajar
Ahli Jawatankuasa
:
5 Pelajar
Ahli Persatuan
:
Pelajar
Juruaudit
:
Pelajar dan wakil dari bank angkat
 

Klik di sini untuk melihat atau muat turun Garispanduan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah

Apakah gambar yang anda ada sebagai penyelamat skrin anda sekarang? Adakah anda ingin menukarnya kepada sesuatu yang lebih menarik? Jika jawapan anda "YA", anda perlu melihat screensaver KKPS dengan mengklik di sini.

Hubungi Kami | Pautan | Terma dan Syarat | Pernyataan Privasi
© duitsaku.com 2018. Hak Cipta Terpelihara