Historical Background
Buku Wang Saku
Gallery
School Adoption
Programme
Students Financial Club
Students Financial Club Gallery
Lat's
Caricature
 
Students Financial Club
 
Matlamat | Objektif | Dasar Penubuhan | Keahlian | Pengurusan | Kebajikan Pelajar
 
Garis Panduan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah
 

Every adopted school should have a Students' Financial Club. Do your want to learn how the Club operates? Click here to download "Garis Panduan KKPS" ! You will need Adobe Acrobat reader to open this file.

Nama kelab : "Kelab Kewangan Pelajar Sekolah" (KKPS)

 
Matlamat KKPS
Mendidik pelajar supaya berkelakuan tertib, beretika dan bermoral tinggi, bersifat jujur dan amanah dalam segala urusan kewangan. Mengetahui selok-belok urusan institusi kewangan. Mengamalkan tabiat suka menabung dengan cara yang lebih sistematik, berbelanja dengan bijak dan tidak boros.
 
Objektif KKPS

Objektif KKPS hendaklah: -

Menjadikan pelajar-pelajar sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat mengenai pendidikan menabung dan perkara-perkara yang berkaitan dengan etika kewangan dan nilai moral yang murni.
Memberi pengetahuan, kefahaman dan kepekaan pelajar-pelajar sekolah mengenai sektor kewangan dan ekonomi negara.
 
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan pengetahuan dalam bidang kewangan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
 
Mewujudkan kerjasama dan perkongsian pintar di antara sektor kewangan dengan institusi pendidikan melalui Program Sekolah Angkat.
 
Membantu pelajar-pelajar dalam pengurusan kewangan dan bukan kewangan seperti penggunaan sumber-sumber dan peralatan sekolah.
   
Menjadikan institusi kewangan sebagai bank angkat kepada Kelab ini.
Dasar penubuhan "Kelab Kewangan Pelajar Sekolah" (KKPS)
Penubuhan KKPS adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 di bawah perkara penubuhan persatuan sekolah.
Institusi yang terlibat dengan KKPS ialah:-
 
Kementerian Pendidikan Malaysia;
Urus Setia Perancangan Kewangan dan Tabungan di Bank Negara Malaysia;
Jabatan-jabatan pendidikan negeri;
Institusi-institusi kewangan (seperti di lampiran); dan
Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah
 
Keahlian "Kelab Kewangan Pelajar Sekolah" (KKPS)
Pelajar-pelajar Peralihan hingga Tingkatan VI di sekolah-sekolah menengah.
Pelajar-pelajar Tahap 2 (Tahun IV hingga VI) di sekolah-sekolah rendah.
 
Dari segi keahlian semua pelajar adalah dibenarkan menjadi ahli Kelab, walau bagaimanapun pelajar-pelajar Tahap 1 (Tahun I hingga Tahun III) adalah ahli yang tidak mempunyai kuasa mengundi (non-voting member).
 
Setiap pelajar yang hendak menjadi ahli Kelab wajib membuka akaun tabungan dengan institusi kewangan yang terlibat dalam Program Sekolah Angkat.
Pengurusan "Kelab Kewangan Pelajar Sekolah" (KKPS) hendaklah:-
 
Diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing.

Di antara tanggungjawab guru pembimbing ialah:-

 
Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh para pelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktivtiti Kelab.
Membimbing jawatankuasa Kelab, merancang, merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk dan mempertingkatkan minat pelajar. Sehubungan dengan ini, guru pembimbing seharusnya mempunyai pengetahuan yang diperlukan.
Mendapatkan sokongan institusi kewangan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian.
Membantu mengenalpasti masalah Kelab, menganalisa dan seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Hadir dalam semua perjumpaan dan aktiviti yang diadakan oleh Kelab.
Memupuk keyakinan diri dan kesungguhan di kalangan ahli Kelab dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan di kalangan pelajar.
Menyediakan penyata kewangan di akhir tahun.
Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan guru pembimbing perlu didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut:-
 
Konsep dan falsafah kewangan dan tabungan.
Sistem kewangan dan perbankan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Pengurusan "Kelab Kewangan Pelajar Sekolah" (KKPS).
Lain-lain kemahiran berkaitan dengan pengurusan kewangan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
Sebuah jawatankuasa hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada:-
 
Penasihat
:
Pengetua/Guru Besar
Pembimbing Kelab
:
Guru Pembimbing/Wakil-wakil institusi kewangan/ Wakil PIBG
Pengerusi
:
Pelajar
Naib Pengerusi
:
Pelajar
Setiausaha
:
Pelajar
Penolong Setiausaha
:
Pelajar
Bendahari
:
Pelajar
Ahli Jawatankuasa
:
5 Pelajar
Ahli-ahli
:
Pelajar
Juruaudit
:
Wakil Institusi Kewangan dan Pelajar
 
Ahli Jawatankuasa perlu dibimbing dan dilatih untuk membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan dan membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan Kelab.
Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa hendaklah diberi oleh pihak sekolah sebagai insentif kepada mereka.
Sebarang kutipan kewangan termasuk yuran keahlian Kelab hendaklah mendapat persetujuan Pengetua/Guru Besar dan kelulusan dari Pengarah Pendidikan Negeri.
Aktiviti:-
Aktiviti-aktiviti latihan adalah berasaskan kepada peningkatan minat pelajar untuk memperbaiki cara menguruskan kewangan seperti menabung, melabur dan sebagainya. Di antara kegiatan yang boleh dijalankan ialah:-
 
Sudut Tabungan/Pelaburan
Bank Sekolah
Hari Tabungan
Pertandingan Menabung
Lawatan ke Institusi Kewangan
Program perkhemahan mengenai pengurusan matawang
Bengkel Penggunaan Buku Wang Saku
Lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan:-
 
Jawatankuasa Kelab perlulah merancang aktiviti tahunan dan mendapatkan kelulusan daripada Pengetua/Guru Besar sebelum menjalankannya.
Sebagai gerak kerja kokurikulum, waktu melaksanakan aktiviti hendaklah di luar jadual waktu sekolah.
Aktiviti latihan yang dijalankan hendaklah bergantung kepada program sekolah yang sedia ada.
Jika aktiviti tersebut dijalankan di luar sekolah, semua peraturan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.
Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setiap tahun.
Institusi kewangan yang diagihkan hendaklah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kelab kewangan.
Pemantauan perjalanan Kelab perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar.
Segala aktiviti yang dianjurkan oleh ahli Kelab akan dibiayai oleh ahli-ahli Kelab tersebut.
Aktiviti Kelab yang dianjurkan oleh Kelab tersebut akan dibiayai oleh institusi kewangan berkenaan.
Pihak sekolah hendaklah menyediakan laporan tahunan kepada jabatan pendidikan negeri/pejabat pendidikan daerah.
Kebajikan Pelajar
Kepentingan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar hendaklah sentiasa diambilkira dan diutamakan dalam menjalankan sebarang kegiatan Kelab, umpamanya:-
Pemilihan tempat aktiviti, perjalanan pelajar mesti dengan pengetahuan dan kebenaran Pengetua/Guru Besar.
Kebenaran dan persetujuan bertulis dari ibu bapa/penjaga pelajar untuk mengikuti aktiviti.
 
Aktiviti yang dijalankan tidak mengganggu proses pengajaran-pembelajaran di kelas.
 
Perlindungan insuran selain yang sedia ada diperlukan untuk pelajar semasa menjalankan aktiviti di luar sekolah yang dianjur oleh institusi kewangan berkaitan.
 
Bank-bank Perdagangan
Affin Bank Berhad
Alliance Bank Berhad
AmBank Berhad
Bumiputra-Commerce Bank Berhad
EON Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Malayan Banking Berhad
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Southern Bank Berhad
 
Bank-bank Islam
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Institusi Pembiayaan Pembangunan
Bank Pertanian Malaysia Berhad
 
Institusi Tabungan
Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional
 

Syarikat Kewangan

AFFIN-ACF Finance Berhad
Alliance Finance Berhad
AmFinance Berhad
Bumiputra-Commerce Finance Berhad
EON Finance Berhad
Hong Leong Finance Berhad
Kewangan Bersatu Berhad
Mayban Finance Berhad
Public Finance Berhad
RHB Delta Finance Berhad
Southern Finance Berhad
 
Perniagaan Insurans Hayat
AMAL Assurance Berhad
Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
Asia Life (Malaysai) Berhad
EON CMG Life Assurance Berhad
Great Eastern Life Assurance (Malaysia)Berhad
John Hancock Life Insurance (Malaysia) Berhad
Mayban Life Assurance Berhad
 

Perniagaan Insurans Hayat dan Am

AmAssurance Berhad
American International Assurance Company Ltd.
Hong Leong Assurance Berhad
ING Insurance Berhad
MCIS Zurich Insurance Berhad
Malaysia National Insurance Berhad
Malaysian Assurance Alliance Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad
Tahan Insurance Malaysia Berhad
 
Pengendali Takaful
Takaful Nasional Sdn. Bhd.

Contact Us | Link | Terms & Conditions | Privacy Statement
© duitsaku.com, 2018. All Rights Reserved