Rencana
Rencana (Multimedia)
Ringgit DOB
Mata Wang Dunia
Bilik Berita
Fakta Menarik
Glosari
 
Glosari
 
A - G H - N O - T U - Z
 
Penyata Kewangan
Penyata yang mengandungi ringkasan jumlah simpanan dan perbelanjaan yang anda lakukan yang dihantar oleh bank anda.

Yuran Tahunan
Yuran tahunan (selain daripada faedah) yang dikenakan oleh institusi kewangan atas kad kredit, akaun bank dan lain-lain.

Aset
Harta yang bernilai seperti wang tunai, pelaburan atau harta benda.

Mesin Teler Automatik (ATM)
Mesin bank yang mengeluarkan wang daripada akaun bank tanpa perlu ke kaunter bank.

Kad Mesin Teler Automatik
Kad yang dikeluarkan oleh bank kepada anda untuk mengakses dana daripada akaun anda melalui ATM.

Bon
Sejenis pelaburan pendapatan (juga dikenali sebagai pelaburan faedah tetap/ untung) yang diterbitkan oleh kerajaan, syarikat, bank, syarikat kemudahan awam dan entiti besar yang lain. Pulangan akan dibayar kepada peminjam dalam bentuk kadar faedah tetap/ keuntungan pada akhir tempoh.

Kerjaya
Pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam jangka masa tertentu yang mendatangkan pendapatan.

Aliran Tunai
Satu ukuran penerimaan dan perbelanjaan wang oleh seseorang.

Pengurusan Tunai
Cara seseorang mengurus wang (tunai) yang diperoleh.

Pengkompaunan
Perolehan faedah atas faedah yang diperoleh sebelum ini.

Pendapatan
Wang yang diperoleh seseorang hasil daripada pekerjaan, perniagaan, pelaburan, sewa dan lain-lain.

Inflasi
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Insurans
Perlindungan kewangan terhadap kerugian kewangan; dan pengaturan yang syarikat insurans bersetuju untuk membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi insurans sekiranya berlaku kejadian yang telah ditetapkan, sebagai tukaran premium insurans yang dibayar.

Premium insurans
Pembayaran yang dibuat kepada syarikat insurans sebagai tukaran perlindungan atau bantuan kewangan sekiranya berlaku kejadian atau keadaan (yang telah dipersetujui).

Faedah
Amaun yang dibayar oleh peminjam kepada pemberi pinjaman sebagai tambahan kepada jumlah yang dipinjam.

Tempoh tanpa faedah
Tempoh yang sepanjangnya faedah tidak dikenakan.

Perbankan Internet
Transaksi perbankan dan pertanyaan yang dijalankan melalui Internet.

Pelaburan
Aset yang dimiliki bagi tujuan menghasilkan atau menjana pendapatan atau keuntungan modal kepada pemiliknya.

Liabiliti
Hutang atau tanggungjawab kewangan.

Tempoh pinjaman
Tempoh masa yang diambil untuk membayar balik pinjaman.

Dana terurus
Pelaburan yang mengumpul wang daripada beberapa pelabur dan menggunakannya untuk membeli sesuatu jenis pelaburan tertentu seperti saham.

Keperluan
Sesuatu yang diperlukan atau asas kehidupan.

Pendapatan bersih
Jumlah pendapatan seseorang yang boleh digunakan atau dibelanjakan; jumlah baki selepas potongan cukai dan gaji dibuat.

Nombor pin (Nombor Pengenalan Individu)
Kod individu atau susunan nombor yang digunakan untuk mengesahkan identiti pemegang kad dalam mengakses perkhidmatan perbankan seperti ATM, Internet dan Perbankan melalui telefon. Ianya samalah seperti kata laluan.

Perbankan melalui telefon
Transaksi perbankan dan pertanyaan yang dibuat melalui telefon.

Bayar Diri Anda Terdahulu
Salah satu strategi kewangan peribadi -sentiasa mengasingkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk tujuan tabungan.

Kadar pulangan
Amaun yang diperolehi pelabur, yang disebut sebagai peratusan daripada jumlah yang dilaburkan.

Pulangan
Jumlah yang diterima atau diperoleh daripada wang yang telah dilaburkan.

Risiko
Kemungkinan yang anda tidak mendapat sebarang pulangan yang dijangka atau anda ditimpa kejadian yang malang.

Pengurusan risiko
Pelbagai cara atau strategi digunakan untuk mengurus risiko kerugian peribadi atau kewangan yang berkemungkinan akan berlaku.

Peraturan 72
Peraturan yang digunakan untuk menganggar jangka masa yang diambil untuk wang berganda dari segi nilai.

Tabungan
Wang yang disimpan untuk mencapai matlamat atau penggunaan masa hadapan anda.

Saham
Pelaburan yang merupakan pemilikan dalam sesebuah syarikat atau perbadanan.

Kehendak
Barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang diingini (bukannya yang diperlukan) untuk meningkatkan kualiti dan keseronokan hidup.

Hubungi Kami | Pautan | Terma dan Syarat | Pernyataan Privasi
© duitsaku.com 2018. Hak Cipta Terpelihara