Articles
Articles (Multimedia)
Ringgit DOB
World Currencies
News Room
Fun Facts
Glossary
 
Articles
 
Printer Friendly
Buku Wang Saku
Buku Wang Saku adalah alat yang boleh digunakan oleh para pelajar merancang kewangan mereka setiap hari. Dengan wang saku yang diterima setiap hari, para pelajar boleh membuat keputusan sama ada pelajar ingin memegang wang tersebut, membelanjakannya atau menyimpan sebahagian atau kesemua daripada lebihan setelah berbelanja.

Pastikan catatan disemak untuk mempastikan kesilapan merekod jumlah wang yang terima, dibelanjakan dan baki tidak berlaku. Minta bantuan ibu-bapa, guru, abang atau kakak adik-adik.


Panduan Dan Cara-Cara Menggunakan Buku Wang Saku

1.   Mulakan catatan mengikut tarikh dan hari.
2.   Catatkan jumlah wang saku yang diterima samada secara harian, mingguan
      atau bulanan daripada   ibu-bapa dan punca-punca lain.
3.   Catatkan setiap perbelanjaan harian di Buku Wang Saku.
4.   Catatkan samada secara harian, mingguan atau bulanan lebihan wang saku 
      yang dijimatkan untuk disimpan.
5.   Pada akhir bulan, jumlahkan wang yang diterima, perbelanjaan dan simpanan.
6.   Setelah simpanan terkumpul, adik-adik digalakkan menyimpan wang yang
      dijimatkan ini di institusi institusi kewangan.

     

 
Contact Us | Link | Terms & Conditions | Privacy Statement
© duitsaku.com, 2018. All Rights Reserved