Articles
Articles (Multimedia)
Ringgit DOB
World Currencies
News Room
Fun Facts
Glossary
 
Articles
 
Printer Friendly
Kelab Kewangan Pelajar Sekolah

Tahukah adik-adik, di sekolah adik-adik terdapat sebuah kelab yang dinamakan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah? Sudahkan adik-adik menjadi ahlinya? Jika belum, bertanyalah kepada guru adik-adik.

Apakah Objektif Kelab Kewangan Pelajar Sekolah?

Untuk mendidik ahli-ahlinya:
-    Berkelakuan tertib, beretika dan bermoral tinggi
-    Bersifat jujur dan amanah dalam segala urusan kewangan
-    Mengetahui selok- belok urusan institusi kewangan
-    Mengamalkan tabiat suka menyimpan dengan cara yang lebih sistematik, 
     berbelanja dengan bijak dan tidak boros

Apakah Kebaikan Kelab Kewangan Pelajar Sekolah?

1.   Menjadikan pelajar-pelajar sebagai penyebar maklumat kepada masyarakat 
      mengenai pendidikan menyimpan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
      etika kewangan dan nilai moral yang murni.

2.   Memberi maklumat, pengetahuan dan kepekaan pelajar-pelajar sekolah
      mengenai sektor kewangan dan ekonomi negara.

3.   Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempraktikkan pengetahuan dalam
      bidang kewangan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam dan di luar bilik
      darjah.

4.   Mewujudkan kerjasama dan perkongsian pintar di antara sektor kewangan
      dengan institusi pendidikan melalui Program Sekolah Angkat.

5.   Membantu pelajar-pelajar dalam pengurusan kewangan dan bukan kewangan
      seperti penggunaan sumber-sumber dan peralatan sekolah.


Aktiviti-aktiviti Kelab Kewangan Pelajar Sekolah

Tahukah adik-adik banyak kelebihan dan keuntungan apabila menjadi ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah? Ini dapat dilihat daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kelab ini. Di antara kegiatan yang yang dijalankan adalah:

-   Sudut Pelaburan (Investment Corner)
-   Sudut Bank (Banking Corner)
-   Bank Sekolah
-   Hari Menyimpan Wang
-   Pertandingan Menyimpan Wang
-   Lawatan sambil belajar ke Institusi Kewangan
-   Program perkhemahan mengenai pengurusan matawang
-   Bengkel Penggunaan Buku Wang Saku
-   Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan.
-   Aktiviti kesenian yang bertemakan perancangan kewangan

WOW! Dengan adanya aktiviti-aktiviti ini memang menarik untuk menjadi ahli Kelab ini. Tanyalah guru anda bagaimana hendak menjadi ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah.


Cara-Cara Ibu Bapa Membantu Pelajar-Pelajar Merancang Kewangan:

Peranan ibu bapa dalam menyemai tabiat positif mengenai perancangan kewangan dalam diri anak-anak mereka adalah amat penting. Ibu bapa juga harus peka tentang pentingnya pengetahuan tentang kewangan dipelajari oleh anak-anak pada usia yang muda. Oleh itu, ibu bapa harus memperaktikkan perkara-perkara berikut:

-   Elakkan daripada menggunakan wang terkumpul untuk tujuan peribadi tanpa 
    mengganti semula wang tersebut

-   Memberi insentif kepada anak-anak yang berjaya merancang kewangan seperti
    menggandakan wang terkumpul anak-anak semasa mendeposit di bank.

-   Menyemak catatan anak-anak di buku Wang Saku dan memberi sokongan
    moral/material

-   Memastikan anak-anak mempunyai alat untuk merekodkan perancangan
    kewangan umpamanya Buku Wang Saku

-   Memberi peluang dan galakan kepada anak-anak menyertai kelab kewangan
    pelajar sekolah sebagai salah satu daripada aktiviti kokorikulum sekolah

-   Mendekatkan diri dengan sekolah dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti 
    Persatuan Ibu Bapa dan Guru

             

 
Contact Us | Link | Terms & Conditions | Privacy Statement
© duitsaku.com, 2018. All Rights Reserved